Jumaat yang diberkati. Pagi-pagi lagi aku dan Fazwan naik kereta api laju menuju
ke Wawasan. Di stesen Safarahan ini, ramai sungguh orang yang ingin ke pusat
bandar Wawasan. Walaupun hari ni hari minggu. Ada yang bersiar-siar mahupun
bekerja dihujung minggu.
Platform 2 sudah dipenuhi orang awam untuk ke Wawasan. Aku dan Fazwan pun
turut sama dalam keramaian. Aku tak boleh menduga apa-apa daripada si Fazwan
ni. Dia suka berahsia dan aku pulak suka kejutan. Macam haritu, ajak pergi
pusat beli-belah rupa-rupanya beli baju kemeja. Ini kalau aku tanya nanti dia
cakap ‘adalah’, pastu aku pun malas nak tanya panjang. Sekurang-kurangnya dapat
pergi bandar sudah.
Seketika menunggu, tren 5 koc tiba di platform. Dengan adab dan disiplin,
memberi orang di dalam keluar terlebih dahulu. Kemudian barulah masuk dengan
beretika. Tak perlu berebut. Lagipun, tren ni akan berhenti selama 15 minit
sebelum berlepas. Banyak masa. Aku dan Fazwan terus mencari tempat duduk. Kami
duduk di tepi tingkap. Barulah dapat melihat pemandangan di luar.
Sesudah 15 minit berlalu, pintu tren telahpun ditutup dan bersedia untuk
berlepas. Tren berkuasa tinggi ini mula meninggalkan platform dan stesen.
Kelajuan kian bertambah.
“Wan, kau nak ajak aku pergi mana ni, ha?,” tanya aku. Aku suka kejutan pun
aku jugak nak tahu ke mana dibawa aku ni. Haih, takut pulak hahaha. “adalah,
kau ikut je aku, aku tak jual kau lah,” uii cakap sedap nampak. Mentang-mentang
aku ni hensem, ada nilai harga jual pulak eh. Suka hati kaulah.
Tren masih laju. Kru kabin tadi menghidangkan kami dengan ikan bakar cecah
air asam dan jus laici. Di jendela koc, aku lihat pencakar langit Safarahan
sudah hilang dari pandangan kini berubah kepada bangunan-bangunan rendah.
Tahulah aku sebentar lagi aku akan tiba di Wawasan.
(bip pengumuman) “tuan-tuan dan puan-puan, anda akan tiba di Wawasan.
Ladies and gentlemen, you will approaching Wawasan.,”. Alhamdulillah, aku sudah
tiba di Wawasan. Fazwan dan aku pun bangkit dari tempat duduk untuk keluar.
Wah, indahnya Wawasan pada Jumaat ni. Stesen kereta api laju Wawasan ni
sangat strategik. Terletak berhadapan dengan Pasar Besar Tun Abdullah, pasar
paling sibuk di Wawasan. Turut berdekatan ialah Wisma Azyawadah dan Panggung
Cenderasari. Tapi aku masih tak tahu arah tuju. Jadi ekor si Fazwan ni lah.
“Wan, dah sampai ni, mana tempat kau nak bawak aku?,”
“kau ni tak sabar kan? Iya jom,” ajak Fazwan. Eh, aku tak sabar? Kena
berdebar ke ni? Fazwan mengajak aku menaiki bas ke Kompleks Long Muhammad. Aii,
lain macam nak ajak aku pergi tempat model-model ni kenapa pulak? Huhu,
menyesalnya ikut. Aku dapat job jadi model produk mana-mana ke? Baju Melayu?
Kurta? Baju sejuk? Aku tahulah muka aku ni ada market, tapi bincanglah dulu.
“kau tak payah overthinking sangat boleh tak? Aku jawi karang,” Fazwan
mencebik muka. Eleh, aku ni gelabah dari tadi. Ni kan Wawasan. Bandar besar
kutt. Dalam bas ni macam ragam orang yang aku tengok. Fazwan ni pun aku makin
kurang yakin dengan dia. Husnuzon jelah.
Akhirnya, kami tiba di Kompleks Long Muhammad. Aku nampak ada rak baju-baju
jersi dari lori dipunggah masuk ke dalam bangunan. Ini boleh jana pendapatan
aku ke ni? Ha mungkin.
“Asyraf, jom ikut aku,” ajak Fazwan. Aku mengikut di belakangnya. Dia masuk
dalam bangunan Kompleks Long Muhammad. Di ruang legar, terdapat semacam set
penggambaran terbuka untuk rancangan TV. Berjalan menuju ke lif, aku tengok ada
sekumpulan lelaki-lelaki sado sedang berbual rancak. Mungkin menunggu
penggambaran mungkin. Yelah, minuman protein pun ada duta dan ada iklannya.
Kami naik hingga tingkat 6. Aku ikut je si Fazwan ni. Sambil berjalan,
Fazwan disapa oleh ramai orang. Tanya apa khabar sehinggakan ada yang tanya dia
bawak aku untuk ujibakat model. Eh. Laku ke? Hahaha.
Fazwan sampai di sebuah bilik lalu membuka kuncinya. Pintu pun dibuka.
Ianya sebuah bilik pejabat. Bilik itu berjendela yang mempunyai pemandangan
indah sekitar kompleks ini.
“wah, cantiknya pejabat ni, ada pemandangan indah lagi. Tapi takde
langsir.,” eh, aku ni menilai pulak.
“langsir belum beli lagi. Alah, sapa nak intai, aku bukannya hensem pun
hahaha,” kata Fazwan. Hurm, iyolah Fazwan. Aku sebenarnya tertanya-tanya ni,
pejabat ni siapa punya, dan kenapa dia bawak aku kesini?
“kau mesti tertanya-tanyakan pejabat sapa ni, kenapa aku bawak ke sini,”
Fazwan mula membaca fikiran aku. Sebenarnya, pejabat itu merupakan pejabat bapa
saudaranya. Bapa saudaranya merupakan seorang penulis lirik dan pengurus label.
Apabila bapa saudaranya sudah membuka label sendiri di Music Square, pejabat
kecil ini diberikan padanya. Fazwan mewarisi bakat seni bapa saudaranya. Wah,
hebat sungguh.
“tapi, apa motif kau ajak aku kemari?,” aku keliru lagi. Sebab itu bukan
jawapannya.
“aku bawak kau ke sini untuk ambil ‘feel’ kotaraya Wawasan ni, aku nak
tanya kau banyak soalan. Boleh?,” aasudah, soalan apa pulak dia nak tanya ni,
sampai ke Wawasan dia nak tanya ya. Asal, kat Safarahan tu, sensitif ke soalan
tu kalau ditanyakan?
Fazwan mempelawa aku duduk di sofa. Di tangannya sudah tersedia sebatang
pen dan sebuah buku nota. “kau bersedia dengan soalan aku?,” “eleh, kau tak
payahlah nak acah polis sangat boleh tak? Tanya jelah.,” “ha yelah yelah,”.
“Soalan pertama, apa dapat kau faham melalui cinta?,” uish. Aku memikirkan
jawapan terbaik. Cinta bagi aku merupakan satu sifat yang ada tertanam dalam
setiap jiwa manusia. Cinta tak semestinya suka, cinta tak semestinya rindu,
cinta tak semestinya menghargai. Cinta adalah pegangan antara dua jiwa. Cinta
sebenar ialah kesetiaan. Cinta tiada bahasa yang mampu mengungkapkannya. Andai
cinta disalahertikan, salah satunya merana. Pedihnya cinta dibolakan, ditendang
dan diole, kerana cinta itu berpasak.
“oke, soalan kedua. Apa kau kata akan kenyataan lelaki ni sampah?,” ha,
soalan apa ni? bagi aku, tak perlu nak men’sampah-sampah’kan kaum Adam. Buat
apa? Takde faedahnya. Perempuan cakap lelaki tu sampah, sumpah tak matang.
Sendiri datang menadah cinta, sendiri cambah sengketa, sendiri putus dan
sendiri sesal. Kemudian menyalahkan lelaki. Kononnya kata, dah lah tak hensem,
curang pulak tuh. Eh, aku lelaki hensem pun selayak lagi untuk berlaku curang.
Lelaki sampah sebab curang, tak guna lah apalah. Sedarlah, ayah tu lelaki. Adik
lelaki tu lelaki. Abang tu lelaki. Dah kenapa nak menyalahkan jantina lelaki?
Sedangkan kelahiran itu berakarkan benih dari seorang lelaki. Sama je kepada
lelaki yang cuba mempertahankannya. Inilah akibat buruk bercouple. Kan dah jadi
celaru macam ni? Kalau diri tu matang, tiadanya selisih sampah-sampah ni.
“soalan ketiga, kenapa wujudnya perempuan rupalistik?,”. Aku pun mengeluh.
Aku takkan rasa rupalistik tu, sebab perempuan semua layan aku dengan baik.
Tapi tidak bagi Fazwan. Rupalistik memilih orang untuk ditegur. Tegur lelaki
yang tertentu sahaja. Fazwan bukanlah mahu ditegur atau disapa, namun
pemerhatiannya itu cukup mentafsirkannya. Perlukah memilih rupa? Inikan
kurniaan Allah. Berikan layanan sama rata kepada semua lelaki. Kalau tak
menegur lelaki yang tak hensem, tak payahlah menggedik mahu menegur yang
tampan. Terkadang perempuan rupalistik sudah hilang imbangan. Rasa hormat pada
lelaki bercampur-baur. Jangan berdinding alasan keuzuran, boleh untuk meninggi
suara pada yang tidak hensem. Hanya memuka senyum pada jejaka oppa sahaja. Ini
lagi tak matang. Hidup ini tak adil katanya, sebenarnya manusia yang menipu
timbangan itu.
Paling aku tak tahan, Fazwan pernah cerita seorang perempuan yang kononnya
menjaga pandangan, ajnabi bagai dengan dia. Tapi bila dengan aku, ya aku ha
boleh je nak berbuallah, ketawa sampai simpan nomborlah. Fazwan jelas bukan
minta perhatian mahupun layanan, cuma tetapkan niat diri. Jangan menentu pada
tertentu. Acah je lebih. Sebab itu, coklat, rantai kunci mahupun seutas jam
yang diberi pada aku, aku tak membalasnya. Cukuplah senyuman yang manis tanpa
harga. Jimat duit aku. Daripada memanjangkan landasan dosa. Hadiah je, mana
dosa. Ha sebab tak merasakan itu. Sebab tu lalai. Tanpa sedar soalan-soalan
Fazwan menyedarkan aku pada realiti.
Aku mula faham. Kenapa golongan Fazwan mengeluh begini. Mereka bukan
mengeluh dengan keluh. Lelaki kan, mereka berhadapan dengan situasi macam ni.
mereka merasainya. Dan mereka buat tak tahu dan melupakan. Ibarat roda, mereka
berhadapan dengannya kembali. Mereka buat tak tahu dan melupakan juga. Macam
aku, bila aku tak tahu, aku tanya, dan berpuluh orang sedia memberikan jawapan
pantas kepada aku. Aku tak pandai Matematik, ada je yang menghulur tangan.
Orang macam aku, kalau post gambar kat media sosial, mesti beratus like paling
kurang. Cepat je followers naik. Komen dekat post sentiasa positif. Komen
hensem lah, rajin lah (sebab gambar memasak). Bila buat undian di cerita Insta,
mesti undian yang positif diundi.
Fazwan bukannya mengadu sendu, tapi yelah, dunia tak adil. Tapi, bila
mencerap definisi adil, adil itu bukan bermaksud sama rata kan? Adil bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tempat yang sebenar itu ialah mengawal diri.
Berikan layanan yang betul, bukan memilih. Serasa kalau rupalistik begini, ada
yang mahu ke? Namun sayang, setepuk bedak dan secalit gincu cukup jadi perisai.
Sudah-sudahlah memilih rupa. Rupa tidak menjanjikan kebahagiaan. Apatah lagi
hubungan yang berkekalan.
Rupalistik secara ironinya tidak mengenal siapa pun. Budak kelas bawah,
budak pandai lagilah. Budak pandai, mesti nak berkawan dengan setaraf dengan
dia je. Rupa tu taraf juga. Bodoh takpe, boleh asah. Rupa tu wajib. Sungguh tak
matang. Profesional mereka juga adalah pertikaian. Sebab profesional mereka
hanya keadaan tertentu. Ada masa mereka berdinding, ada masa ia tembus.
Sebab itu bersahabat dengan orang yang berpurdah. Kehidupan mereka
bermatlamat. Mereka sangat profesional. Nada bercakap mendatar. Tiada siapa
yang akan tersinggung. Urusan cepat selesai. Ajnabi tetap ajnabi. Ada secebis
jenaka selit, namun niat jitu hendaklah ditanam jua. Adab yang sebenar dengan
ajnabi.
Sudah, cukup dengan rupalistik ini. Soalan seterusnya Fazwan. Hahaha.
“soalan keempat, lelaki pilih rupa tak?” aumm, soalan dia. Bagi aku fitrah
manusia yang sukakan keindahan, pasti memilih yang indah-indah. Kalau perempuan
boleh pilih rupa, maka sebagaimana lelaki juga. Tapi, tak perlulah
membandingkan layanan. Huh.
“soalan kelima, siapa yang complicated? Lelaki atau perempuan?,” dah tu
siapa lagi, itulah. Hahaha. Tak semestinya jantina itu sahaja yang complicated,
sebenarnya kalau kita memahami, isu ini tidak bangkit lagi. Tapi kalau sudah
memahami, entahlah sendiri mahu ingatlah hahaha.
“makin pendek ya jawapan kau ni,” sindir Fazwan. Iyelah, dah aku tak tahu
nak hurai apa, jadi aku bagi jawapan pekat dan padat jelah.
“soalan keenam, kenapa kena jaga ikhtilat?,” nampakkan? Soalan dia makin
lari ni. Masalah anak muda pada harini ecewah anak mudah bhaii ialah ikhtilat
yang tiada dijaga. Couple datangnya dari ikhtilat. Cinta kera, siamang mahupun mawas
pun datang dari ikhtilat. Sedangkan sepupu sendiri pun ajnabi, inikan pulak
rakan sepengajian. Sebenarnya, ikhtilat pun samar-samar dari kefahaman mereka.
Itu yang buat tak tahu tu. Malas aku nak terangkan ikhtilat tu apa, dah tahupun
pun buat tak tahu. Kenapa? Alah, nak kawan je bagai. Ada batasannya. Cerpen tak
habis lagi dah triggered teroks dah ni. Masalah ummah ni sahabatku.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan),” –
Surah Al-Israa’ ayat 32.
Allah larang menghampirinya. Dah sah-sah zina memang tak boleh. Tapi
‘menghampiri’ tu tak nampak macam mana bentuk menghampiri itu pasal ikhtilat
kelaut. Hidup ni berpasangan, siang dengan malam, air dengan api, pulut dengan
ikan kering. Begitu jugalah lelaki dengan perempuan, namun ada adab dan
tatacaranya. Boleh nak berkawan, nak berborak apatah lagi nak membahan, tapi
jaga ikhtilat. Gunakan suara yang betul dan tindak balas yang profesional.
Fazwan makin kagum dengan aku. Eleh, ni kan aku. Ramai je orang crush kat
aku. Aku je buat tak tahu. Eh, terberitahu pulak.
Kau ingat zaman milenia ni takde orang bagi surat-menyurat? Eh, aku pernah
je dapat surat berbedak talcum yang mungkin dia rembat bedak adik dia lepastu
minyak wangi semerbak. Aku baca je. Terharu. Aku ada hak untuk reject kan? Baca
jelah, tak payah berharap dengan balasan. Aku taknak nampak sangat desperate.
Maaf. Jaga ikhtilat betul-betul, cantik macam idol Korea pun dah aku taknak.
Tak boleh paksa.
“soalan terakhir, soalan paling annoying.” kata Fazwan sambil senyum dan
ketawa kecil. Aih, dia ni lain maciem je.
“apa ciri-ciri perempuan idaman kau?,” memang annoying sangat. Mulalah ada
yang mempersiapkan diri kononnya. Hahaha. Be yourself jelah. Gelabah-gelabah
je. Bagi aku, perempuan idaman aku, first dia kena cantiklah. Hahaha
gurau-gurau. Aku hensem kutt. Mestilah pinang dibelah dua ececece. Takdelah,
aku biasa je.
Pertama, dia seorang yang beragama. Bukanlah bermaksud tidak ateis, tapi
dia mengamalkan apa yang dituntut dalam agama. Susah nak cari tapi ada. Aku nak
perempuan yang menutup aurat dengan sempurna kemana sahaja dia pergi. Tak
semestinya pakai purdah. Benda paling mudah yang selalu perempuan ambil mudah,
ha repetisi tu. Tangan dan kaki. Tolonglah tutup. Itu aurat. Pakailah stongan
dan stokin. Terkadang bila dah pakai baju lengan panjang, bila angkat tangan
baju tu akan jatuh nampaklah lengan. Aurat. Kaki lagilah. Tolonglah tutup. Tak
susah. Jangan harapkan labuh pakaian. Pakailah sarung kaki. Mintak sangat.
Selain itu, labuhkan hijab. Ingat, cincin emas rapi disimpan dalam kotak merah
tanpa orang dapat meneka warna cincin itu. Labuhkan, labuhkan. Aurat bukan
sekadar ditutup, aurat mesti dijaga.
Kedua, dia mestilah memelihara diri daripada maksiat. Bunyi maksiat macam
kotor je kan. Hahaha. Namun itulah hakikatnya. Faham-faham jelah, masih nak
bermaksiat lagi? Uii soalan. Oke, ciri perempuan yang memelihara diri
termasuklah dia jaga ikhtilat, tak post gambar macam-macam kat Insta mahupun
main TikTok. Isu TikTok ni tak payah terang dah, semua boleh faham. Berjoget,
berdansa sambil menjadi tayangan ajnabi. Moga dijauhkan. Boleh nak TikTok
sebenarnya. Rakam kemudian simpan di galeri untuk simpanan sendiri sahaja. Tak
perlu post. Lebih baik tak payah main. Kalau TikTok buat masak kek batik atau
D.I.Y. sampul raya, apa salahnya, boleh je. Tapi jaga aurat. Lepastu, hadirkan
rasa malu dalam diri. Malu itu perisai iman. Hilang malu, hilang iman. Ha, kena
bagi ayat deep kalau tak nanti buat tak endah saja.
Ketiga, seseorang wanita idaman aku hendaklah seiring akhlak dan ilmunya.
Buat apa pandai, kelas atas berjaya bagai tapi akhlak kesampahan? Lagi, kalau
akhlak baik pasti lebih seri kalau berilmu. Gabungan kedua-dua elemen tersebut
penting bagi menjadi seorang manusia. Ya, manusia. Jangan merasa diri sudah
cukup ilmu. Ilmu ibarat laut. Tak habis menghempas pantai. Ini pula adab. Adab
dan akhlak takde tuan guru yang boleh bagi ilmu akhlak ni. Akhlak bukan
bersanad dari tuan guru apatah lagi dari kitab. Akhlak ni kita, yang menerapkan
dalam diri itu kita. Hilangnya akhlak, hilang mulia.
Keempat, atau yang terakhir. Ini sangat penting. Ianya merupakan satu
ciri-ciri yang berat. Bagi aku, duhai wanita idamanku, aku mahu dia adalah
seseorang yang berjaya menjaga dan memelihara diri semasa single sehinggalah
kita bersama menyarung cincin nanti. Aku setakat ni berjaya mengawal diri aku
daripada bercouple, maka satu hari nanti kita akan mengukir cerita bersih. Setiap
manusia ada kisah-kisah cinta lampau. Namun ada yang tiada kisah itu sepanjang
‘single’nya. Hidup ini tak dapat bertoleh walau sesaat ke belakang. Apa-apa,
lihat ke hadapan. Kisah silam adalah artifak diri. Kita tak mampu lari. Selagi
jam berdetik, berubahlah ke arah yang lebih baik.
Ingat, perempuan sebelum kita nak demand lelaki yang soleh, baik hati
bagai, kita kena jadi perempuan soleh dulu. Lelaki sebelum nak demand perempuan
yang tak sosial ke apa, jagalah ikhtilat dulu. Ni tak, nak lelaki soleh, tapi
aurat tak terjaga. Nak perempuan berpurdah, tapi sosial bukan main. Lepastu
saling menyalahkan. Laki tak guna, perempuan tak guna. Sapa tak guna sekarang?
Rasanya sebab ni lah wujudnya jantina ketiga. Dah dua-dua tak guna. Hahaha.
Sahabat anak muda yang bakal mewarnai dunia, berhentilah perangai tak
matang ni. Acah matang bukan main, tapi tak matang pun. Kalau betul matang,
lihatlah dunia secara terbuka. Perbaiki diri sendiri tanpa menyalahkan.
“rasanya itu jelah untuk hari ni, kau dah jawab soalan aku dengan baik,”
Fazwan mengakhiri sesi temubual. Aku semakin nampak realiti dengan jelas. Untuk
menjadi belia terbaik, jadilah belia Islam.
Pagi biasa di Universiti Al-Bukhari Safarahan. Aku melenggang ke kelas sebab
awal sangat aku datang.
“Asyraf!!,” terdengar pekikan kuat bergema dari belakang. Alah, Fazwan
rupanya.
“ya, ada apa?” tanya aku. “kau tahu tak, artikel aku masuk majalah weii,”
kata Fazwan keriangan. Rupa-rupanya benda yang dia interview aku tu, artikelnya
masuk dalam majalah Syabab Safarahan. Boek ah. Lepastu Fazwan cakap topik itu
jadi bualan untuk Podcast Tarbiah Triggered minggu ini. Disamping kembang
hidung, aku harap mesej aku sampai pada masyarakat belia akhir zaman.
-tamat-
Sumber gambar: Pinterest



Ulasan