Nama aku Asyraf. Aku anak jati ibu kota Safarahan. Aku memang budak bandar.
Di kota pesat ini, tiada siapa yang terlepas dengan kepesatan ibu kota ini.
Teknologi serba canggih. Tapi, bukan itu yang aku mahu kisahkan. Tidak apalah,
teruskan baca alkisah ini.
5 pagi. Aku sudah bangkit menanti fajar menjelma. Di kota sejuk ini, aku
sudah mangli pada salji mencengkam tubuh. Aku sudah bersedia untuk ke
pengajian.
7 pagi. Aku menunggu tren menuju pengajianku. Platform hanya lengang. Warga
Safarahan kebanyakan mempunyai kereta sendiri. Pelajar macam aku sahaja yang
menggunakan khidmat ini.
7.45 pagi. Aku sudah tiba di Universiti Al-Bukhari Safarahan. Aku
berlengang ke kafe inginku menjamah sekeping sandwic senangin dan segelas teh
panas. Kehangatannya dirasai tanpa sembunyi lagi.
Aku dikenali seorang yang tampan dan menawan di pengajian. Aku bermata
biru, berhidung agak mancung, berbibir mungil, berleher putih, bertubuh tegap,
agak tinggi dan berambut ala Korea. Tapi aku tidak merasa istimewa kerana
kebanyakan warga Safarahan memang kacak. Cuaca mempengaruhi barangkali. Orang
bertanya, kau tiada teman wanita kah? Aku pegun, berfikir, kenapa soalan begini
ditanya pada orang sepertiku? Adakah yang tidak tampan tidak ditanya soalan
begini? Sedangkan jirannya Tamam si jejaka kerdil bahagia berkeluarga sampai
isterinya sudah beranak lima. Sepupunya, Husin lelaki kacak sudah bercerai
angkara cemburu buta isterinya. Apa ini? Perlukah pertanyaan ini? Aku bukanlah
mahu berkepoh pada secebis soalan remeh ini, namun…..
Namun, masyarakat sudah menjana stereotaip ini. Sedih. Duhai wanita, apakah
kau mendambakan lelaki yang sempurna pada wajahnya, suci dari bintil jerawat?
Apakah itu yang selama ini kau perhatikan? Ada yang memandang pada kulitnya,
dan bercukur dagunya. Adakah itu yang dinilai?
Aku jawab, “aku tiada teman wanita, cukuplah ibu, adinda dan kakak kerabat
mengukir bahagia buatku,”. Biarlah bunyinya klise, ada aku kisah? Tapi, jangan
salah anggap. Aku sangat terbuka pemikiran. Cuma bila ada pertanyaan begini, ia
kerap diulang-ulang. Maka aku bersedia dengan satu jawapan. Jawapan yang dapat
mencerna minda si penanya. Selagi tidak membohong maka itulah petunujuknya,
hahaha.
Suatu petang, saat menikmati kek batik dingin di beranda, aku merenung.
Merenungi takdir dan hakikat orang yang tampan sepertiku. Aku diberi layanan
yang terbaik oleh orang sekeliling. Aku pernah, buntu ketika membuat lesen
memandu di kompleks jabatan, seorang pegawai wanita mendawai senyum memimpin
aku sehingga selesai kad lesen dicetak. Dalam masa yang sama, sahabat yang
menemaniku, Raihan yang tiada rupa terkapai-kapai walaupun menanya, duduk
menunggu sedang urusanku cepat selesai. Di waktu lain, disekolah dulu aku ingin
membeli sebungkus sandwic, dalam beratur bersuasana kalut di kantin, tiba-tiba
ada seorang kakak pekerja baharu mengambil wangku dan aku putus dari barisan.
Sedangkan yang dihadapanku sudah menunggu. Dan kerana ini aku pernah disisih.
Kalau aku murung, takkan nak salahkan wajah aku yang kacak? Inikan kurniaan
tuhan. Terima sahaja apa pemberiannya.
Mengapa begini? Aku tak mengharapkan layanan istimewa sebegini. Pada hari
lahirku, walaupun aku lupa sahaja kerana ia tidak penting barangkali, aku
menerima sekotak coklat, sebotol minyak harum bahkan aku pernah menerima seutas
jam. Mana mereka tahu tanggal beranak ku? Mungkin diintai pada borang daftar kelab
aku. Perempuan yang menghadiahi aku dengan benda-benda ini buat aku terikat.
Aku bagai menggalas tanggungjawab baharu. Aku kena jaga hati mereka. Sedang
mereka yang ter’gila-gila’kan aku? Terhegeh-hegeh aku bagai diheret untuk memahat
indah buat mereka. Kalau kerap diayun, aku boleh dilema. Bukan tanggungjawab
aku pun. Beberapa orang sahabatku yang kacak, Irfan, Faiz dan Farhan. Mereka
sudah rebah. Ada diantara mereka sudah mengikat cinta palsu, bahkan putus cinta
malah bertukar-tukar pasangan. Masha Allah. Inilah ujian besar. Dikurniakan
wajah yang indah, bukan peluang untuk bermaksiat padaNya.
Adakah ini kebahagiaan? Apakah rupa indahku jadi ukuran? Kulit cerahku jadi
taruhan? Apakah perempuan suka pada lelaki kerana rupa semata? Di lidah kata
pilih hati, jiwa dan agama. Siapa yang tersalah tafsir? Atau menipu diri
sendiri? Entahlah.
“Asyraf, macam mana
nak hensem macam kau hah?,” tanya Fazwan, sahabatku yang penuh tanda tanya.
Orang sepertiku akan menjawabnya, “air sembahyang je,”, tapi aku rasa jawapan
itu sekadar jawapan selamat. Orang yang kacak sedari kecil. Apa yang menjadikan
dirinya sungguh tampan tak ketahuan. Apa yang aku jawab pada pertanyaan Hazwan?
Adakah panjang lebar? Atau air sembahyang tadi? Aku hanya senyum sebab aku tak
tahu jawapan terbaik HAHAHA.
“Hazwan, kita ni kena
bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita. Kau pun hensem juga. Ingat,
semua yang Allah beri pada kita ada hikmah disebaliknya. Kalau kau rasa rupa
aku yang hensem ni suatu nikmat, kau salah. Yang pasti, wajah yang kau kata
hensem dan menawan ni merupakan satu ujian besar dari Allah kepada aku.
Perempuan terpesona dengan wajah aku, mereka melihat aku dengan nafsu. Sama
macam kita lihat perempuan, bila pesona mesti nafsu ha samalah dengan perempuan
melihat lelaki,”.
Hazwan mulai faham. “Wan, ini ujian besar. Orang macam aku ni ada yang
rebah ke kancah maksiat. Mereka dah ber’couple’, menjalin cinta palsu. Fake
love gitu. Tak kurang juga, menayang aurat di sana sini. Mereka tayang sebab
ada yang suka lihat. Maksiat mata ni Fazwan. Orang jatuh hati, sampai bagi-bagi
benda yang tak patut pun. Kasih sayang lebih, apa ni? Aku sama rata je dengan
kau, Wan. Akhir zaman macam ni, lagilah. Orang macam aku ni kalau berdakwah,
orang jadi suka, orang jadi minat. Diorang tak ikhlas menerima intipati dakwah,
tapi lebih kepada menyejuk hati melihat insan tampan bertazkirah.,” bebelku
panjang padanya. Bukanlah bebel, tapi, aku sendiri tak selesa begini. Meluahkan
pada sahabat akrab puaslah hati. Ini bukanlah melepaskan ayat, tapi ini
dilemaku. Buat tak layan sahaja yang aku mampu. Lagi-lagi ada yang menaruh
hati. Aku masih belum mahu fikir soal pasangan. Nak mengait cinta-cinta? Maaf
aku tak berminat.
Pengajianku panjang. Pagi ini kuliah Falsafah Islam, kemudian berehat
seketika, seterusnya petangku diisi dengan dua kuliah lagi; Asas Bahasa Eropah
dan Dakwah Komunikasi. Ini musim tenang. Kurang orang menelaah pelajaran ketika
ini. Semester pun baru tiga minggu bermula. Siswa masih perlahan gerak
belajarnya. Disamping musim panas ini, ramai sahabatku suka lepak di tempat
lapang. Taman Al-Bukhari di universiti ini sudah ceria dengan pepohon yang
mulai mekar dalam cairan salji. Ramai siswa dan siswi belajar dan melepak di
sana. Daripada merasa alat pemanas di dalam dewan kuliah, baik keluar menghirup
udara segar. Baju lengan panjang biasa pun selesa sahaja dipakai. Aku bersama
sahabatku Fazwan duduk di sebuah bangku batu di Taman Al-Bukhari itu. Kami
berdua baru sahaja menikmati bihun sup di kafeteria.
“Asyraf, tadi aku nak uji je kau, tapi kau seorang yang
memenuhi jawapan yang aku minta.,” kata Fazwan. Aku kehairanan. Apakah jawapan
yang memenuhi itu? Maksud aku, jawapan yang mana yang menjadikan dia puas hati?
Atau dia terkesan dengan kata panjangku tadi?
“begini, kalau kau nak
tahu, aku selalu bertanya mengenai ini bukan pada kau sahaja, ramai sudah aku
tanya. Tapi kau berikan jawapan yang aku mahu. Kau tahu tak? Manusia yang diuji
dengan nikmat lagi berat daripada diuji dengan dugaan. Nampak? Sahabat aku yang
dikurnia wajah kacak dan tampan, mereka jatuh dan ingin menikmati secara
suka-suka namun terjerumus jua. Kenapa bercinta? Katanya ingin meraih cinta,
suka-suka lepastu tinggallah. Allahu. Aku sedih. Kenapa tayang aurat? Perlukah
berpakaian mencolok mata? Prinsip hanya perempuan sahaja yang seksi anggapku.
Aku penat bersangka baik. Aku sentiasa tegur mereka, jangan kerana ini kau
jatuh dalam chah maksiat. Mereka dengar, senyum namun hanya mengiakan saja. Apa
hendaknya, perempuan disekelilingnya juga rapa padanya.,” keluh Fazwan panjang.
Aku kini lebih faham, dunia hanyalah tempat ujian. Kerana golongan amrad
sepertiku, telah cambah nafsu-nafsu manusia. Airmata batin ku bercucuran.
5 petang. Aku sudah habis kuliah hari ini. Pensyarahku Puan Zahirah Tahir
menamatkan kelas awal kerana ingin bergegas ke mesyuarat tergempar. Aku pun
melangkah perlahan keluar daripada dewan kuliah.
Di pintu dewan itu, berdiri dua orang perempuan. Ah sudah, laluan keluarku
sudah ada rintangan. Sah-sah kena tegur ni. Mereka berdua tu tak lain tak bukan
Fanin dan Lara. Mereka berdua memang suka aku. Fazwan sudah serabut dengan
pertanyaan itu ini dari mereka berdua. Sampaikan Fazwan keraskan suruh mereka
berdua berhubung dengan aku terus. Maka, inilah hasilnya.
Buku dakwah yang aku kelek kini ku junjung. Lalu dengan cermat.
“hai, Asyraf!,” sapa Fanin. Lara mengait senyum. Maka aku balaslah dengan
senyuman normal. Normal bagi aku namun berharga buat mereka. Lagi pula mereka
tak kurang cantiknya. Fanin memang keturunan Kaukasian. Lara pula berdarah
Cina. Sudahnya mereka semestinya cantik. Tapi aku tak berminat pun. Bukan
kerana tak cukup cantik atau apa, cuma yelah.
6 petang. Aku sampai di stesen kereta api untuk pulang ke rumah. Seusai
mengimbas kad, aku pergi ke platform. Menanti ketibaan tren, aku membuka
Instagram.
Instagram aku cecah 6 ribu pengikut. Entah kenapa sampai beribu. Aku bukan
figura umum. Aku cuma orang biasa, duduk di apartmen, sekolah biasa, keluarga
biasa, ibu aku doktor gigi dan ayah aku pula akauntan. Apalah yang menyebabkan
pengikut seramai itu. Kalau aku kirim sekeping gambar, memang cecah 4 ribu like.
Itu tidak apa lagi, kat dm lagilah. Entah perempuan mana chat aku pu
aku tak tahulah. Dia beritahu yang dia dah lama suka kat aku. Macam-macam
lagilah. Dilema menimpa aku adalah ada mesej-mesej yang menyinggung seperti
minta gambar itu-ini. Masha Allah. Bukan perempuan sahaja, lelaki pun ada.
Trauma aku dibuatnya. Kalau dilayankan mereka ni, makin menjadi. Apa, aku ni
alat maksiat korang?
Sebab itu kini, aku tinggalkan satu gambar sahaja di profil aku. Sekeping gambar
aku berbaju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Aku main Instagram
pun sebab aku suka tengok video lucu pendek dan ayat Twitter. Takde kerja
bosan-bosan tengok.
Tren sudah tiba di platform. Aku masuk dalam tren lalu berpegang pada
gelang pemegang. Apakah perempuan disebelahku ini ada masalah pernafasan? Kuat
sangat ke bau deodoran aku ni? Hahaha.
Tamat-







Ulasan