Terima kasih kerana membaca blog saya!
Assalamualaikum pembaca blog semua! Salam Ramadhan, selamat berpuasa! Ha, yang tengah baca ni kalau siang tu jangan plastik hitam ya! Kalau malam takpe. HAHAHA.
Hari pertama Ramadhan ni kita pergi awal sikit lah kalau nak iftar kat KL ni. Semalam nak tarawih kat Masjid Jamek ribut Allah uji. Ni pun 1 Ramadhan pun ribut juga, tapi Alhamdulillah takde pokok tumbang di LRT.
Saya gerak dari rumah sewa petang, dalam 6.30 petang macam tu. Itu sebab tunggu hujan surut sikit. Ribut tu ada, apa yang ringan akan beterbangan jua. Saya bawa payung sebagai persediaan.
Saya naik LRT di Pandan Jaya dan turun di Masjid Jamek. Uii, rasa metropolitan sangatlah eceh. Tapi saya tengok masjid kosong dan sunyi je. Aii, boleh ke tak ni.
Malas nak fikir dulu, fikir nak buka dengan apa je ni. Saya pergi ke MYNEWS berdekatan untuk membeli sebotol air mineral. Air kosong kena ada, hidrat dan senang nak berkumur. Kalau air manis leceh lah Maghrib tak khusyuk HAHAHA.
Bank OCBC dan Bank Muamalat berdekatan Masjid Jamek.
Lepastu, saya pergi ke McDonald's seberang jalan untuk membeli juadah berbuka. Kat sini takde bazar, paling dekat pun mungkin dekat Kampung Baru tu ha. Beli yang murah, yang Mix n Match tu RM6 je dua benda. Nak makan banyak-banyak pun takde mood. Aku dah tua barangkali? HAHAHA.
Okay, air setel. makanan setel. Makan mana? Masjid Jamek tutup. Orang masjid tu kata, solat boleh, makan tak boleh. Pulak. Redha jelah.
Saya pun pergi jelah LRT kat sebelah ni sambil tunggu Azan Maghrib berkumandang.
Kentang Goreng, Burger Keju dan Air Mineral!
Azan pun berkumandang. Susah nak beza azan orang betul atau pasang audio apa-apa. Sedap betul azan dia. Memang tak rakam sebab nak berbukalah. Saya mencangkung sajalah dekat LRT tu sambil makan tak ubah seperti seorang gelandangan. Teguk air nikmatnya Ya Allah, syukur hari ini. Lepastu bergegas masuk masjid.
Masjid Jamek.
Lepas ambil wudhu, jalan nak pergi ke dewan solat, ada bubur lambuk. Ni agih lepas solat Asar tadi kut. Rasa nak ambil tapi fikir kenyang semacam je lagi satu tak terasa nak makan bubur lambuk pun. Satu leceh kalau nak bawa balik.
Alhamdulillah.
Hambarlah. Lepas Maghrib sepi je. Mungkin riuh masa Tarawih nanti kut. Jadi saya pun keluar dan naik LRT.
Naik LRT ingat nak pergi Masjid As-Syakirin KLCC. Tapi tu esoklah kut. Malam ni nak solat di Kampung Baru je.
Sesampainya di Kampung Baru, kalau korang nak tahu masjid agak jauh dari stesen. Ikut panduan saya,
1. Sampai kat LRT Kampung Baru, naik ke atas darat (kan korang kat bawah tanah hehehe)
2. Sebelah kiri korang akan nampak Pintasan Saloma. Tak jauh pun. Tapi kalau nak pergi solat, sebelah kanan.
3. Jalan je ikut laluan pejalan kaki sebelah kanan tu. sampailah korang nampak jalan yang banyak restoran tu. Lalu jalan tu.
4. Hujung jalan tu ada pintu gerbang Kampung Baru. Selpi-selpilah korang.
5. Pusing kanan. Lalu kat laluan pejalan kaki tu.
6. Lalu je dan korang sampai! Seberang tu ada Hotel Tamu, jiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru. Menara masjid tu dari jauh boleh nampak.
Solat Tarawih kat sini 20 rakaat. Lepas bagi salam takde tasbih terus bangun.
Subhanallah. Cantik! Warna pun meriah masjid ni!
Plak tulisan Jawi.
Plak tulisan Rumi.
Menara masjid dari pandangan pekarangan masjid. Dari jauh tu kalau ada lampu hijau tu masjid lah tu.
Pintu gerbang Kampung Baru.
Manoii kita?
Setakat ini sajalah diari hari ini. Harini rancang nak pergi bazar Kampung Baru. Alah, yang pakai E-Wallet bagai tu. Saya baru tahu bazar tu memang sebelah masjid je. Lahai. Harap tak ribut lah petang ni. Tengok siang Alhamdulillah harap-harap petang pun Alhamdulillah.
Sekian, berjumpa di entri seterusnya!
Ulasan