Assalamualaikum para pembaca blog semua! Salam 1 Ramadhan gaiss, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita.
Ayuh langgan blog Pena Hasan Z. Ali untuk artikel-artikel seterusnya!
Puasa kali ini Alhamdulillah lebih baik dari tahun lalu, kita boleh solat Tarawih di masjid, pergi ke bazar Ramadan dan sebagainya. Tapi, diingatkan bahawa kita hendaklah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang disediakan oleh kerajaan. Nanti kang tak pasal-pasal PKP tengah-tengah puasa. Naya.
Pagi ni satu Ramadan saya tulis entri ni. Semalam hujan lebat sungguh, rahmat Allah di awal Ramadhan. Diiring juga ujian dariNya, dimana tingkap masjid berdekatan kolej saya jatuh. Masha Allah.
Besar ujian Allah mengetuk jiwa manusia untuk mengingati kekuasaanNya. Banyakkan istighfar.
Saya semalam nak tarawih dekat Masjid Jamek, saja. Tapi hajat tak kesampaian. Ada pokok tumbang di landasan, mengganggu lalulintas. Lama nak tunggu ni, Isyak dah setel dah kat masjid ni. Tarawih kat rumah sewa jelah. Takpe, petang ni in shaa Allah kita pergi Kampung Baru ke kan. Masjid Jamek dalam senarai lagi ni.


Ulasan