Assalamualaikum, kembali lagi dalam entri Minggu Penulis Remaja. Hari ini kita sambung hari ketiga sepanjang kursus lima hari ini.
Kalau ikut jadual, hari ini sesi cerpen pula. Kita bersama dengan puan Lily Haslina Nasir! Ha, beliau ni penulis prolifik tau, banyak karya beliau mengenai ketenteraan seperti novel Black Ghost.
Beliaulah yang tulis dan sunting skrip ucapan mantan Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob di Persidangan PBB Washington DC (masa tu Pak Long Ismail kita berucap dalam Bahasa Melayu) tu. Bukan kaleng-kaleng sis.
Hari ini pengisian penuh mengenai bedah cerpen. Karya yang kami telah hantar untuk semakan dan kritikan secara terbuka telah dibedah secara mendalam dalam kelas-kelas hari ini.
Bersama Puan Lily Haslina (bertudung berwarna-warni)
Suka untuk Ihsan kelipkan beberapa masalah penulis remaja yang kita perlu perbaiki untuk mutu cerpen yang terbaik.
1. Sesebuah cerpen mestilah ada nilai murni yang memberi kesan kepada pembaca. Beri pengajaran. Melainkan anda nak buat cerpen dewasa/matang. Tapi tahap remaja ni, buat yang asas-asas dan mudah-mudah dahulu.
2. Asal cerpen je mesti ada watak mati. Nak matikan watak boleh, tapi jangan ramai-ramai nau HAHAHA. Kalau cerita perang takpe, ini mak mati ayah mati adik mati akhirnya pengajaran entah kemana.
3. Tentukan plot dari mula sampai habis sebelum buat cerpen. Rancang dulu, kang kalau tak buat habis sangkut tengah jalan.
4. Jangan terlalu banyak naratif, tambah dialog untuk nampakkan babak dalam cerita.
5. DBP sangat serius dalam penggunaan Bahasa Melayu. Jadi, gunakan laras bahasa yang betul dan tepat, jangan guna bahasa rojak, slanga pasar. Ia berbalik kepada tujuan utama Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu memartabatkan Bahasa Melayu tercinta kita.
Ha, banyak lagilah pesanannya, tapi Ihsan simpan dalam catatan pada kertas slaid jelah. Korang yang nak sertai MPR tak boleh nak spoiler banyak sangat HEHEHE.
---
Petang tu, kami jalan lagi sekitar IPN, belah perumahan kakitangan. Kami tengok banyak rumah kakitangan disini. Almaklumlah IPN ni jauh betul dengan pekan. Paling dekat pun dalam 6km jugaklah. Jauh cerita dia.
Belakang ni ada taman, ha mainlah taman diorang ni sambil dengar taklimat pemilihan peserta untuk persembahan majlis penutup nanti.
Korang tingkatan 4 lagi, bolehlah nak main. Aku ni dah umur 22 tahun, kalau goodlooking takpelah jugak nak main jongkang-jongket ni HAHAHA
Balik dari acara petang, dalam pukul 7 malam, kitorang pun datang ke sini.
Kitorang ni dah dua hari lalu gim ni sebelum nak ke bilik kuliah. Rasa nak pump memang ada. Setelah mendapat keizinan abang dari pejabat asrama, kitorang pun apa lagi, mengadap segala besi HAHAHA
Terpaling betul sorang-sorang HAHAHA. Ingat, bina badan untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain ya!
Dan malam, ada sesi cerpen lagi. Banyak ya kena asah dan asah lagi. Penulis remaja, jangan putus asa!
Sampai disini sahaja dahulu, kita sambung entri hari keempat pula! Baibai!
Ulasan