fajar bersemayam di kaki gunung
telah kulihat suria menari-nari
membawa khabar gembira
pada dunia
tetapi bukan pada ku
diratib apa celaka yang bakal ku nanti.
lima jari kaki asyik berdoa
moga denai pakunya dalam
lima jari tangan asyik mendada
moga lalang akarnya kelam
dalam puisi luka.
nescaya ku cangkul tanah semangat
berderai bahagia
baja kusemai selama ini
hanya sia-sia
dikekah begitu sahaja
pada serangga.
aku telah kehilangan kehidupan
ratap aku di batas bakti
cacing dan beluncas ketawa mengilai
telah mati diri ketika jasad masih bernyawa.
desa pandan

Ulasan